Jika ada sebarang pertanyaan, atau tempahan

Selamat datang ke LayPark By The River

Laypark by the river cabin resort dungun

Cabin Resort by CWS – Kg Rajawali, Dungun, Terengganu

Nikmati percutian yang tenang di tepi sungai Kg Rajawali, hanya beberapa minit dari bandar Dungun. LayPark By The River merupakan Cabin Resort oleh Che Wan Scuba (CWS) yang menjadi destinasi penginapan pilihan terutamanya penyelam, keluarga, kumpulan, sesi retreat santai ( Hari Keluarga ) dan juga individu.

Selain terletak berdekatan jeti ke Pulau Tenggol, resort ini menjadi lokasi yang ideal untuk:

  • Trip Selam Skuba & Snorkeling di Pulau Tenggol
  • Percutian keluarga & hari keluarga
  • Gathering kecil & aktiviti team bonding.
  • Bengkel dan tempat kursus
  • Majlis Perkahwinan bertemakan tepi Sungai.
  • Private staycation jauh dari kesibukan kota

HArga Bilik Laypark By The River

Ramai penyelam memilih untuk menginap di sini kerana suasananya lebih tenang dan privasi lebih terjaga.

Triple Bed (1 Queen + 1 Single)
RM 0 /malam
Double Bed (1 Queen)
RM 0 /malam

Fasiliti Berhampiran

  • Jeti Aking / Che Wan Scuba Tenggol
    ± 2 minit
    Tempat berkumpul & berlepas ke Pulau Tenggol
  • Kedai Runcit Kampung
    ± 1 minit Barang
    keperluan asas
  • Klinik Kesihatan Kuala Dungun
    ± 7 minit
    Klinik & farmasi berhampiran
  • Restoran / Kedai Makan Tempatan
    ± 3–10 minit
    Banyak pilihan masakan kampung & seafood
  • Pasar Dungun / Pekan Dungun
    ± 10 minit
    Beli barang, makan malam & pasar pagi
  • Stesen Minyak (Petron / Petronas / Shell)
    ± 8–12 minit
  • Masjid Kg Seberang Pintasan / Surau Berhampiran
    ± 3–5 minit
    Kemudahan solat berjemaah

Lokasi (Jarak Perjalanan)

  • Pulau Tenggol (Diving & Snorkeling)
    30–45 minit
    naik bot dari jeti ke Lokasi selam skuba dan snorkeling
  • Pantai Teluk Gadung / Tanjung Jara
    ± 10–15 minit
    Sunrise cantik, suasana santai
  • Pantai Teluk Bidara
    ± 20 minit
    Pantai luas & sesuai untuk berkelah
  • Bukit Besi (Tasik Puteri & Bekas Lombong)
    ± 40 minit
    Tempat Hiking dan pemandangan
  • Air Terjun Chemerong / Berkelah
    ± 45–60 minit
    Hiking + mandi air terjun terbaik
  • Temajuk Mangrove Cruise / Fireflies Tour (Malam)
    ± 12–20 minit
    Naik bot tengok kelip-kelip & sungai
  • Taman Rekreasi Kuala Dungun
    ± 10 minit
    Beriadah waktu pagi / jogging
  • Pasar Malam Dungun (Hari Tertentu)
    ± 8–12 minit
    Makanan tempatan & suasana kampung

Suasana & Pengalaman

Dikelilingi kehijauan kampung, bunyi air sungai yang menenangkan dan udara segar, LayPark menawarkan suasana damai yang sukar diperoleh di tempat lain.

Pada waktu pagi, tetamu boleh bersantai di tepi sungai, menikmati pemandangan matahari terbit ( Sunrise ).

Manakala waktu petang, tetamu boleh menikmati juga matahari terbenam (Sunset) serta suasana malam yang sunyi dan nyaman.

Kemudahan & Fasiliti

  • Kemudahan Aircond dan tandas dalam bilik.
  • Kemudahan Water Heater dalam toilet.
  • Cabin selesa & privasi terjaga
  • Ruang santai tepi sungai
  • Ruang bersantai.
  • Ruang berkumpul untuk aktiviti keluarga & kumpulan
  • Akses mudah ke restoran & kedai berdekatan.
  • Aktiviti Berkayak.
  • BBQ Pit
  • Mesin Basuh (Akan Datang)
Suasana santai tepi sungai dungun terengganu

Apa Kata Tetamu Kami

Dari suasana tepi sungai hingga layanan mesra, tetamu kami kerap kembali kerana rasa “home & calm” di sini.

Kabin dipasang oleh Asia Edar Sdn Bhd.
Tel : ‪+60 11-3303 2237

Scroll to Top